Saturday, February 26, 2005

Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu.

Saya baru balik dari Calgary. Jumpa beberapa kawan, dan tiba-tiba sedar yang Bahasa Melayu saya sedang merosot. Tahu-tahu sajalah, dah satu tahun setengah saya tidak bercakap, tulis atau baca dalam Bahasa Melayu. Teruk sekali, malu betul saya beritahu kawan yang saya dari Malaysia, tetapi bahasa yang saya telah belajar seumur hidup sedang merosot. Tetapi, walaupun saya dari Malaysia, saya bukan Melayu, tidak bercakap dalam Melayu tiap-tiap hari.
Tak apalah, saya akan berblog dalam Bahasa sekali-sekala untuk praktis. Ish, teruk sekali saya tengok "construction sentences" saya sekarang. Kualiti tulisan saya telah merosot dengan banyak. Dan, susah betul mahu "translate" perkataan-perkataan dari Bahasa Inggeris ke Melayu. Begitu "ironic" sekali, Bahasa Inggeris bukan bahasa "pertama" saya, tetapi lebih senang untuk "express." Arrg, kalau kamu tahu perkataan yang saya telah guna dalam Bahasa Inggeris tetapi lupa dalam Bahasa Melayu, sila tulis dalam blog ini. Terima Kasih!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home